MS

Penjana kod QR atas talian percuma / vektor, dinamik, warna /

Pilih jenis kod QR

Kod QR statik adalah apabila data dikodkan secara terus ke dalam kod QR itu sendiri dan tidak boleh diubah tanpa membuat kod QR baru. Anda tidak perlu mempunyai akses Internet untuk mengekstrak maklumat yang dikodkan ke dalam kod QR (jika pautan jaringan atau alamat emel dikodkan, peranti akan menerima maklumat tentang pautan apa yang dikodkan. Tetapi untuk menggunakan pautan atau menghantar emel, adalah perlu untuk menyambung ke internet).
Kod QR dinamaik adalah kod QR yang hanya mengandungi pautan ke halaman pengurusan kandungan. Dengan kata lain, ia adalah kod QR statik dengan pautan ke laman web. Data yang dipaparkan ketika mengimbas kod QR dinamik boleh diubah tanpa mengubah kod QR itu sendiri. Apabila anda mengimbas kod QR ini untuk mendapatkan maklumat, adalah perlu berhubung dengan Internet.

Penjanaan kod QR Statik percuma

Kodkan mana-mana teks dikehendari di dalam kod QR. Teks akan dipaparkan di skrin apabila kod QR diimbas.

500
Kodkan kad perniagaan anda di dalam kod QR. Bergantung kepada aplikasi pengimbas kod QR yang anda gunakan, sama ada maklumat hubungan anda akan ditunjukkan atau telefon pintar akan menawarkan menambah maklumat tersebut ke buku telefon anda.







Kodkan mesej SMS dalam kod QR. Paparan untuk menghantar mesej SMS akan dibuka dengan teks tersebut dan jumlah penerima apabila kod QR diimbas. (Bergantung kepada perisian pengecaman yang digunakan. Tidak dijamin berfungsi di semua peranti).


500
Kodkan mesej emel dalam kod QR. Paparan untuk menghantar mesej emel akan dibuka dengan teks tersebut dan alamat emel penerima apabila kod QR diimbas. (Bergantung kepada perisian pengecaman yang digunakan. Tidak dijamin berfungsi di semua peranti).



500
Kodkan kata laluan untuk mengakses rangkaian WiFi di dalam kod QR. Apabila kod diimbas, program bestari sambungan rangkaian dengan kata laluan yang sudahpun dimasukkan akan dibuka. (Bergantung kepada perisian pengecaman yang digunakan. Tidak dijamin berfungsi di semua peranti).


Kodkan pautan ke laman web, laman rangkaian sosial atau malahan pautan pembayaran PayPal anda dalam kod QR. Telefon pintar anda akan dibuka menunjukkan alamat web apabila kod QR diimbas. (Bergantung kepada perisian pengecaman yang digunakan. Tidak dijamin berfungsi di semua peranti).

Penjanaan kod QR Dinamik percuma

Maaf, anda perlu mempunyai kebenaran untuk menambah atau menyunting kod QR dinamik anda.
Anda boleh log masuk menggunakan akaun anda dengan mengikuti rangkaian sosial berikut:
Log masuk dengan Google
Log masuk dengan Facebook
Log masuk dengan Vk
Log masuk dengan Linkedin
Selamat datang, [ Log keluar ]
Sila ambil perhatian yang semua maklumat anda berikan di bawah adalah terbuka kepada awam dan boleh diakses di Internet, jadi pastikan anda tidak menghantar data peribadi anda.
Anda boleh membuat 3 kod QR dinamik secara percuma. Dalam kod yang anda sunting sekarang, sila ambil perhatian:
Tiada imejX


250

5000





Peribadikan gaya kod QR

Saiz kod QR: x3
Menunjukkan berdasarkan faktor apa imej kod QR asas (paling minima) patut dibesarkan. Ini penting untuk imej raster.
Kelewahan kod QR: x1
Menunjukkan tahap pembetulan kesilapan yang terbenam di dalam kod QR. Lebih tinggi nombor, lebih besar kemungkinan mendapatkan data dari kod QR yang rosak, tetapi juga menambahkan saiz kod QR.
Kelegapan: 1
Format fail:
PNG – imej bitmap. Digunakan dalam situasi biasa. Boleh dikeronyot apabila skalakan.
SVG – imej vektor. Boleh dibenamkan ke dalam laman web dan diimport ke pelbagai penyunting vektor.
EPS – imej vektor. Digunakan dalam penyunting penerbitan (dalam versi ini tetapan kelutsinaran tidak diproses).

Apakah kod QR?

Di mana dan bagaimana kod QR digunakan? Yang mana lebih baik: kod dinamik atau statik?

Istilah ‘QR code’ adalah kependekan untuk ‘Quick Response Code’. Secara mudah, ia adalah ‘kod bar petak’ yang mula-mula dicipta dan digunakan di Jepun untuk Industri Automotif. Digunakan untuk memindahkan maklumat dari pengguna ke telefon pintar, ia berupaya menyimpan banyak maklumat seperti acara kalendar, nombor telefon, mesej teks, butiran produk dan kandungan mesej emel sebagai contoh. Ia berfungsi sebagai barkod UPC yang boleh dibaca mesin yang maju dan boleh digunakan pada pembungkusan produk, tetingkap perniagaan, papan iklan, papan tanda, kad perniagaan dan pengiklanan dan juga menjejak produk dan mengenalpasti barangan.

Untuk membaca kod QR, anda mesti memiliki aplikasi pembaca kod-QR seperti ‘QR droid’ untuk telefon Android, ‘RedLaser’ untuk iOS dan ‘QR code Scanner Pro’ untuk Blackberry di tablet atau telefon pintar anda. Lancarkan aplikasi QR dan kamera akan diaktifkan secara automatik. Laraskan kod QR dengan kamera dan kekalkan kedudukan peranti dengan mantap sehingga aplikasi QR membuat bunyi beep, menunjukkan semua maklumat disimpan di dalam kod. Sesetengah aplikasi akan mengaktifkan pelayar web anda dan membuka pautan yang diberi mengandungi maklumat-maklumat disimpan di dalam kod.

Di mana dan bagaimana kod QR digunakan?

Terdapat banyak cara menggunakan kod QR, bermula dari menyebarkan maklumat tentang diri anda sendiri kepada penyelesaian pemasaran untuk perniagaan anda. Di bawah adalah beberapa tempat kod QR boleh digunakan:

Kad perniagaan / Bahan-bahan pengiklanan

Anda boleh mencetak kod QR ke atas kad perniagaan, prospektus dan brochure anda supaya ia boleh membawakan butiran hubungan anda ke buku alamat telefon pintar, atau menunjukkan laman web dengan penerangan lebih lanjut tentang perniagaan anda. Ia boleh dicetak pada apa sahaja dan di mana sahaja, dari t-shirt untuk penjenamaan sendiri ke papan iklan dan kapal terbang.

Tiket acara

Jika anda adalah perancang acara, menambahkan kod QR kepada tiket acara yang dipautkan ke laman RSVP (bahasa perancis, “répondez s’il vous plaît”) dan koordinat GPS untuk acara ini, supaya pengunjung berpotensi boleh memastikan penyertaan dan menandakan tempat ini di dalam aplikasi pengemudian GPS di telefon pintar.

Pembungkusan produk / Penjejakan produk / Ulasan pelanggan, dalam masa sebenar

Anda boleh menambah kod QR kepada pembungkusan produk terakhir untuk memautkan pelanggan ke laman web berkenaan perniagaan dan produk anda. Pautan ini boleh termasuk penerangan tentang produk dan kebaikannya, manual pengguna, hubungan perkhidmatan pelanggan dan maklumat umum syarikat sebagai contoh.

Jenis-jenis Kod QR

Terdapat dua jenis utama kod QR: dinamik dan statik.

Kod dinamik, juga dikenali sebagai ‘kod QR hidup’

Sebaik dicipta, pautan destinasi utamanya boleh disunting tanpa mengganggu kod. Apabila diimbas, kod dinamik menghalakan anda ke pelayan, di mana arahan khusus telah disimpan di dalam pangkalan data dan diprogram untuk berinteraksi secara khusus dengan imbasan tersebut. Kod dinamik adalah memudahkan kerana ia dibuat dan dikenakan sekali, dan anda boleh ubah maklumat ketika ia ditunjukkan apabila diimbas sebagai pautan (domain, web) yang menunjukkan maklumat itu.

Kod Statik

Tidak seperti kod dinamik, kod QR statik sama ada menyimpan maklumat secara terus dalam bentuk teks atau membawa ke laman web tanpa diubah hala melalui pautan sekunder. Ini bermaksud yang maklumat di dalam pautan tidak boleh diubah atau disunting (anda perlu membuat kod statik baru setiap kali). Kod statik adalah ideal bagi mereka yang mahukan kod yang mengandungi maklumat kekal mereka (contoh: maklumat tentang tarikh lahir dan kumpulan darah).

Yang mana lebih baik: kod dinamik atau statik?

Kod statik mengandungi maklumat berguna secara terus. Ini bermaksud yang anda tidak boleh menjejak atau menguruskan maklumat di dalam kod-kod ini. Ia sangat menyusahkan, kerana jika perlu anda tidak boleh mengubah maklumat yang dipaparkan tanpa mencetak semula semua bahan-bahan yang sudahpun dicetak.

Kod dinamik mengandungi pautan kepada pelayan web khusus yang menyimpan maklumat berkenaan apa maklumat untuk dipaparkan sekarang atau di pautan web mana ia perlu diubah hala. Ini bermaksud anda boleh menjejak kod dinamik (mendapatkan maklumat statistik) dan pautan web destinasi boleh diubah atau disunting tanpa mengganggu struktur kod. Ini membuatkan kod dinamik universal dari segi anda tidak perlu mencetak semula bahan-bahan yang sudahpun dicetak sebelumnya. Apa yang anda perlu lakukan- adalah menukar pautan destinasi, dengan kod statik ini tidak boleh dilakukan. Keupayaan mengawal maklumat yang dipaparkan oleh kod dinamik walaupun selepas ia dicetak, membuktikan kelebihan kod dinamik berbanding kod statik jika adalah lebih sukar untuk menggantikannya selepas dicetak (edisi besar, atau mustahil secara fizikal untuk mengakses kod).

Walaupun begitu, kod statik adalah lebih banyak digunakan dalam segmen bebas kerana ia tidak memerlukan keperluan teknologi yang tinggi sementara kod dinamik memerlukan keupayaan pelayan yang tinggi di mana ia diproses. Oleh itu, laman web yang menawarkan kod QR percuma biasanya hanya menawarkan kod QR statik secara percuma dan dibayar untuk dinamik.